Sunday, December 6, 2009

JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT

SECARA UMUMNYA TERDAPAT DUA JENIS SUMBER MAKLUMAT UTAMA :

1) SUMBER MAKLUMAT PRIMER

Sumber ini merujuk kepada maklumat yang diperolehi sendiri oleh pengkaji. Khususnya dalam kajian yang dilakukan. Contohnya mendapatkan servei/soal selidik berhubung dengan kes-kes jenayah dan membuat analisis sendiri. Selain itu, maklumat melalui temuduga dan temu bual dengan pegawai-pegawai khas seperti di Pejabat Polis Diraja, Pejabat Daerah dan sebagainya.


2) SUMBER MAKLUMAT SEKUNDER

Sumber ini pula, merujuk kepada sumber yang dicari selain daripada sumber primer iaitu melalui pembacaan, perpustakaan, akhbar, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa jenis sumber sekunder yang boleh didapati di mana-mana perpustakaan.

a) Bahan-Bahan Terbitan Bersiri

Bahan-bahan terbitan bersiri seperti akhbar, majalah , jurnal tempatan dan luar negeri, yang dilanggan oleh perpustakaan. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

b) Bahan Rujukan

Bahan rujukan perpustakaan termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku istilah, atlas, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran.

c) Bahan Rujukan Umum

Selain koleksi bahan seperti di atas, perpustakaan juga melanggan kepada beberapa pangkalan data atas talian seperti Academic Search, Business Source Premier, Thesis and Dissertations Abstracts, Sports Discuss, dan World Magazine. Pangkalan-pangkalan data ini mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan dari berpuluh ribu judul jurnal, disertasi dan tesis.

d) Bahan Rujukan Laman Internet Perpustakaan


i) “On-Line Database”
Selain bahan bercetak, koleksi seperti cakera padat, dan pelbagai jenis pita audio dan video juga boleh didapati dari perpustakaan.


ii) Tesis / Projek Pelajar
Terdapat juga bahan-bahan seperti Tesis dan Projek Pelajar yang membawa kepada anugerah akademik seperti Diploma, Ijazah Sarjana muda.
Ini adalah hasil penyelidikan dan kajian daripada pelajar – pelajar peringkat diploma dan ijazah. Biasanya koleksi ini adalah koleksi terhad dan tidak dibenarkan untuk difotostat di perpusatakaan tertentu.

iii) Kertas Soalan Digital
Kertas – kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian juga boleh didapati di perpusatakaan bagi tujuan rujukan tertentu.

e) Koleksi Majalah

Majalah juga merupakan satu sumber yang terkini dan mempunyai pelbagai variasi mengikut isu dan perkara yang dibincangkan.

f) Koleksi Akhbar

Koleksi akhbar juga merupakan maklumat berhubung isu semasa dan menjadi tumpuan masyarakat umumnya. Ianya mudah didapati di perpustakaan awam khususnya yang mempunyai jilid mengikut isu. Sebagai contoh :-

Bernama Info ( BLIS )

Pangkalan data atas talian mengenai berita-berita Malaysia, statistik laporan-laporan industri ,berita-berita Malaysia, laporan-laporan industri, termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia dalam satu pangkalan data maklumat online. Kandungannya disusun daripada perkhidmatan-perkidmatan wayar Bernama, perkhidmatan berita antarabangsa dan badan-badan kerajaan dan kajiselidik.

FUNGSI SUMBER MAKLUMAT KEPADA PENGGUNA

1) Menganalisa dan menentukan keperluan maklumat pengguna.

2) Mengurus dan mengolah bahan maklumat dan sumber - sumbernya.

3) Membekalkan maklumat dengan pelbagai cara bagi memenuhi keperluan.

4) Memilih bahan maklumat bersesuaian dengan keperluan.

Thursday, November 19, 2009

SURAH AMALAN - MANFAATNYA

Banyak ayat² al-Quran yang kita boleh amalkan untuk diri kita. Contohnye Surah Al-Mulk. Jika kita amalkan membaca surah ini, Insya-Allah akan terpelihara dari azab/seksa kubur.

Rasulullah SAW bersabda: "Surah Tabaarak (surah al-Mulk) akan mencegah azab kubur"

Surah Aj-jin pula, jika diamalkan insya-Allah akan terpelihara kita dari Jin dan Syaitan. Sebenarnya banyak lagi surah² yang kita boleh amalkan. Diantaranya, adalah seperti artikel yang saya ambil dari group Taman² Syurga ni. Semuanya ada khasiat yang tertentu. Bukan untuk orang lain sahaja, bahkan untuk kebaikan diri kita sendiri Insya-Allah. Antara ayat² al-Quran yang saya maksudkan ialah:

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak² pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak² lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak² malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak² yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah


Apa yang penting membaca Al-Quran setiap hari adalah penenang bagi segala kerunsingan. InsyaAllah..

ASHABUL KAHFI

Ashabul Kahfi

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Sunday, October 25, 2009

MEMOTONG KUKU DAN HIKMAHNYA

Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.


Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

Wednesday, October 21, 2009

PERISTIWA DISEBALIK BULAN ISLAM

1. Muharram (29 hari)

• 1 Muharram - Awal hijrah
• 10 Muharram - Hari Asyura
• Hari kematian saidina Hussain bin Ali cucu Rasulullah s.a.w.

2. Safar (29 hari)

3. Rabi’ul Awwal (29 hari)

• 1 Rabi’ul awwal – Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul
• 2,3&4 Rabi’ul awwal – Rasulullah bersembunyi di gua Hira’
• 8 Rabi’ul awwal – Pembinaan masjid quba’(masjid pertama dalam sejarah islam)
• 12 Rabi’ul awwal – Hari keputeraan Baginda Rasul.
• 12 Rabi’ul awwal – Hari kewafatan Baginda Rasul.

4. Rabi’ul Akhir (30 hari)

• Berlaku perang Jamal, perang saudara pertama dalam islam

5. Jamadil Awal (29 hari)

• 8 Jamadil awal – Hari kelahiran Saidina Ali bin Abi talib

6. Jamadil Akhir (30 hari)

• 8 Jamadil akhir – Saidina Umar di lantik menjadi khalifah kedua.
• 20 Jamadil akhir – Tarikh kelahiran Siti Fatimah.
• 28 Jamadil akhir – Wafatnya Saidina Abu Bakar

7. Rejab (30 hari)

• 26-27 Rejab – Israk Mikraj

8. Sya’ban (30 hari)

• 14 Sya’ban – Malam Nisfu Sya’ban
• 15 Sya’ban – Pertukaran Kiblat dari Masjid Al-aqsa ke Kaabah Masjidul Haram

9. Ramadhan (29/30 hari)

• 8 Ramadhan Tahun 2 – Perang Badar
• 10 Ramadhan Tahun Ke 10 – Pembukaan Makkah
• 17 Ramadhan – Ayat Quran pertama turun di Gua Hira’
• 17 Ramadhan tahun ke 40 – Pembunuhan Saidina Ali di Kufah

10. Syawal (29 hari)

• 1 Syawal – Hari Raya Aidil Fitri
• 5 Syawal Tahun Ke 5 – Perang Uhud

11. Zulkaedah (30 hari)

• Berlakunya Haji Wida’ Rasulullah bersama 100,000 orang rombongan

12. Zulhijjah (30 hari)

• 8 Zulhijjah – Hari Wida’ Nabi yang terakhir
• Akhir Zulhijjah 23H – Saidina Omar mati dibunuh
• 18 Zulhijjah 23H – Saidina Othman mati dibunuh
• 27 Zulhijjah 132H – Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyyah.

DoA

Doa ringkas selepas solat





Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan



Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Wednesday, October 14, 2009

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru, kami berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ' Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam ' ah
' Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN dan SAUDARA SUSUAN
Pertaman : Thuwaibah (ibu)
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Kedua : Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ' Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ' Abdul ' Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ' Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ' Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ' berselisih pendapat tentang Islamnya..

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas

Sunday, October 11, 2009

Sindrom-sindrom Stress!!




Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur


























































































Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

1) Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

2)Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3)Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

4)Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5)Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6)Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

7)Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8)Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9)Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10)Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

11)Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

12)Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13)Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14)Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

15)Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

16)Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

17)Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

18)Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

19)Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

20)Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

21)'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

22)Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

23)Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

24)Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

25)Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

26)Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

27)Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

28)Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

29)Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

30)Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

31)Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

32)Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.

AiR MaTa NaBi AdAm

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.

RENUNGAN...

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Wednesday, October 7, 2009

12 Saving Tips on Petrol

If you are a Malaysian or stay in Malaysia, you know why you must read this now -

1) Pump up your tyresKeeping your tyres inflated is one of the easiest and most important things. Saving petrol means saving money one can do to improve fuel economy. If a range is recommended by the manufacturer, the higher pressure should be used to maximize fuel efficiency. Deflated tyres run hot and jeopardize safety. It will also cause the tyres to wear out prematurely,affect the vehicles adversely, and hurt the fuel economy by increasing the rolling resistance. Tyres lose about 1 psi pressure per month due to air loss caused by the tyre hitting holes, bumps and kerbs. Therefore, the tyres should be checked at least once a month. Just 1 tyre deflated by 2 psi will result in a 1% increase in fuel consumption.

2) Drive at moderate speedAvoiding high speeds on open roads results in safer driving and better fuel economy. In highway driving, over 50% of the power produced by the engine is used to overcome aerodynamic drag. Drag and thus fuel consumption increases rapidly at speeds above 90km/h. On the average, a car uses about 15% more fuel at 100km/h, and 25% more fuel at 110km/h compared to when it is doing only 90km/h. However, this should not lead one to conclude that the lower the speed, the better the fuel economy – because it is not. The fuel consumption of an average car increases sharply at speeds below 50km/h.

3) Clean the air-filter regularlyClogged air filters increase fuel consumption by restricting airflow to the engine, and thus should be cleaned/replaced when necessary. Clogged air filters can increase fuel consumption by up to 10%.

4) Use thinner tyresTyres with thick width will improve the handling of your car. However, it will also increase your car’s fuel consumption. Thicker tyres mean more rolling resistance! , and thus will consume more fuel.

5) Start up the car properlyWith today’s cars, it is not necessary to prime the engine first by pumping the accelerator pedal repeatedly.Do not crank the engine excessively. This only wastes fuel.When starting the engine, id le it no more than 30 seconds to warm it up. An engine will warm up faster on the road. However, avoid sudden acceleration before the engine has warmed up sufficiently.

6) Drive in high gear (overdrive)The engine runs most efficiently between around 1,500 and 2,500 rpm. To maintain these low revs you should change up through the gears as soon as practical and before the revs reach 2500 rpm. For automatic transmission cars, you should always switch on your overdrive to help save fuel. Overdrive will allow your engine to change gears at lower revs. It also puts your transmission into an “economy” mode and lets it engage the final “overdrive” gear when cruising to keep the rpms extra low, thereby increasing fuel economy.

7) Travel lightAvoid carrying any unnecessary weight in your car. On the average, every 50kg added load in your car will increase fuel consumption by 2%. Anticipate traffic ahead.

8) A driver can reduce fuel consumption by up to 10% by anticipating traffic conditions ahead and adjusting the speed accordingly, and avoiding tailgating and thus unnecessary braking and acceleration. Accelerations and decelerations waste fuel. Braking and abrupt stops can beminimized by not following too closely and slowing down gradually when approaching a red light. It takes up to six times as much fuel to move a car from a dead stop than it does for one moving at just a few km/h.

9) Avoid strong accelerationThe fuel consumption remains at a minimum during steady driving at a moderate speed of about 90km/h. Keep in mind that every time the accelerator is hard pressed, t! he engine goes into a “fuel-enrichment” mode of operation that wastes fuel.The vehicle should always be gradually and smoothly accelerated. Using cruise control on highways can help maintain a constant speed and reduce fuel consumption.

10) Minimise aerodynamic dragAdditional parts on the exterior of a vehicle such as roof racks and spoilers, or having the window open, Roof racks are bad for fuel economy increases air resistance and fuel consumption, in some cases by over 20%.

11) Don’t let your engine idleMinimize fuel wasted i n idling by stopping the engine whenever your car is stopped or held up for an extended period of time. Idling more than a minute consumes much more fuel than restarting the engine. By having the engine switched off, you will save more fuel than is lost from the burst of fuel involved in restarting the engine. The net increased wear and tear from this practice is negligible.

12) Use the air-con sparinglyAir conditioners can use about 10 per cent extra fuel when operating. However, at speeds of over 80 km/h, use of air conditioning is better for fuel economy than an open window.

Tuesday, October 6, 2009

SeLaMat HaRi RaYa

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA BERBAHAGIA DI HARI LEBARAN

FAKTA KESIHATAN

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung .... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

PraYeR TiMe