Sunday, December 6, 2009

JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT

SECARA UMUMNYA TERDAPAT DUA JENIS SUMBER MAKLUMAT UTAMA :

1) SUMBER MAKLUMAT PRIMER

Sumber ini merujuk kepada maklumat yang diperolehi sendiri oleh pengkaji. Khususnya dalam kajian yang dilakukan. Contohnya mendapatkan servei/soal selidik berhubung dengan kes-kes jenayah dan membuat analisis sendiri. Selain itu, maklumat melalui temuduga dan temu bual dengan pegawai-pegawai khas seperti di Pejabat Polis Diraja, Pejabat Daerah dan sebagainya.


2) SUMBER MAKLUMAT SEKUNDER

Sumber ini pula, merujuk kepada sumber yang dicari selain daripada sumber primer iaitu melalui pembacaan, perpustakaan, akhbar, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa jenis sumber sekunder yang boleh didapati di mana-mana perpustakaan.

a) Bahan-Bahan Terbitan Bersiri

Bahan-bahan terbitan bersiri seperti akhbar, majalah , jurnal tempatan dan luar negeri, yang dilanggan oleh perpustakaan. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

b) Bahan Rujukan

Bahan rujukan perpustakaan termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku istilah, atlas, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran.

c) Bahan Rujukan Umum

Selain koleksi bahan seperti di atas, perpustakaan juga melanggan kepada beberapa pangkalan data atas talian seperti Academic Search, Business Source Premier, Thesis and Dissertations Abstracts, Sports Discuss, dan World Magazine. Pangkalan-pangkalan data ini mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan dari berpuluh ribu judul jurnal, disertasi dan tesis.

d) Bahan Rujukan Laman Internet Perpustakaan


i) “On-Line Database”
Selain bahan bercetak, koleksi seperti cakera padat, dan pelbagai jenis pita audio dan video juga boleh didapati dari perpustakaan.


ii) Tesis / Projek Pelajar
Terdapat juga bahan-bahan seperti Tesis dan Projek Pelajar yang membawa kepada anugerah akademik seperti Diploma, Ijazah Sarjana muda.
Ini adalah hasil penyelidikan dan kajian daripada pelajar – pelajar peringkat diploma dan ijazah. Biasanya koleksi ini adalah koleksi terhad dan tidak dibenarkan untuk difotostat di perpusatakaan tertentu.

iii) Kertas Soalan Digital
Kertas – kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian juga boleh didapati di perpusatakaan bagi tujuan rujukan tertentu.

e) Koleksi Majalah

Majalah juga merupakan satu sumber yang terkini dan mempunyai pelbagai variasi mengikut isu dan perkara yang dibincangkan.

f) Koleksi Akhbar

Koleksi akhbar juga merupakan maklumat berhubung isu semasa dan menjadi tumpuan masyarakat umumnya. Ianya mudah didapati di perpustakaan awam khususnya yang mempunyai jilid mengikut isu. Sebagai contoh :-

Bernama Info ( BLIS )

Pangkalan data atas talian mengenai berita-berita Malaysia, statistik laporan-laporan industri ,berita-berita Malaysia, laporan-laporan industri, termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia dalam satu pangkalan data maklumat online. Kandungannya disusun daripada perkhidmatan-perkidmatan wayar Bernama, perkhidmatan berita antarabangsa dan badan-badan kerajaan dan kajiselidik.

FUNGSI SUMBER MAKLUMAT KEPADA PENGGUNA

1) Menganalisa dan menentukan keperluan maklumat pengguna.

2) Mengurus dan mengolah bahan maklumat dan sumber - sumbernya.

3) Membekalkan maklumat dengan pelbagai cara bagi memenuhi keperluan.

4) Memilih bahan maklumat bersesuaian dengan keperluan.

PraYeR TiMe