Monday, June 7, 2010

PPBK- Oleh : Abdul Jalil bin Husin

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)
Implementasi PPBK bermaksud bagaimana melaksanakan penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran: • berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran • memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan • meningkatkan motivasi murid• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima• meningkatkan kemahiran ICT


SYARAT UNTUK MEMANFAAT PPBK

Untuk memperoleh manfaat penggunaan komputer dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Pengunaan PPBK perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengankurikulum
• Guru mesti menggunakan PPBK bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untukmenyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

DEFINISI PPBK

Computer Assisted Learning , Computer Assisted Instruction , Computer Based Instruction , Computer Aided Learning and Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

CIRI-CIRI PPBK

Berasaskan individu
Boleh diulang
Bahan disediakan oleh guru
Ramah pengguna
Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
Interaktif


KAEDAH MENGHASILKAN PERISIAN PPBK


MEREKA BENTUK (DESIGN) / MEMILIH BAHAN ---UJI BAHAN--TAMBAHBAIKAN---LAKSANA PENGAJARAN


MENGHASILKAN PERISIAN PPBK
Verbal
Latih tubi
Simulasi
Inkuiri
Tutorial
Penyelesaian Masalah
Permainan

VERBAL
- Pengajaran terancang Buku kerja, bahan gambarajah, soalan disediakan kepada pelajar
- Pelajar memberi respon jawapan pilihan
-Pelajar boleh meminta komputer memberi jawapan yang betul
-Komputer memberi jawapan secara verbal

LATIH TUBI


-------> MASALAH <--------------> SOALAN <---------> ULANGAN <------

SIMULASI


-Lebih berbentuk permainan
-Sesuai dalam pengajaran matematik
-Pelajar memberi pilihan pembolehubah yang dapat memaparkan output yang berbeza

INKUIRI
-Pelajar boleh bertanya komputer soalan tidak berstruktur mengenai masalah pelajaran
- Komputer memberi jawapan dan masalah tambahan untuik diselesaikan
- Ia sangat kompleks untuk disediaka
-Ia sesuai untuk matapelajaran sains

TUTORIAL
-Isi pelajaran tersusun
-Pelajar boleh menjawab soalan
-Komputer beri maklumbalas


PENYELESAIAN MASALAH
-Pelajar dikehendaki membuat analisis masalah
- Data dimasukkan ke dalam ingatan komputer
-Komputer membantu pelajar menyelesaikan masalah
- Sesuai untuk mata pelajaran matematik dan sains

PERMAINAN
-Permainan berorientasikan pembelajaran
-Pelajar akan cuba menyelesaikan masalah dengan menjawab berdasarkan syarat, lojik dan hukum tertentu
-Situasi yang diberi mencabar motivasi pelajar

KELEBIHAN PPBK
-Penumpuan kepada pelajaran
-Keupayaan lati tubi, ulangan, pemulihan dan pengayaan
-Pembelajaran terarah kendidi (self-directed), kemampuan kendiri (self-paced) dan multiple Intelligent , Interaktif , Kolaboratif , Individu

KELEMAHAN PPBK
-Kos tinggi
-Perlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau perisian


PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MELALUI CD


Contoh Bahan:-
Pengenalan Kepada Komputer
Pengajaran Al-Quran – Tajwid
Bahan Yang Dibina Menggunakan Perisian Authorware
Bahan Pengajaran Dari Internet


Binaan sendiri :-
Membina Papan Cerita 1
Membina Papan Cerita 2
Cara Bina Bahan Dari CD – Satu Demo
Teknologi Pengimbas

Pengajaran Berbantukan Komputer ( Computer Assisted Instruction, CAI )


1) Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah


Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.
Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.


2) Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus
Bahan kursus yang hendak disebarkan kepada para pelajar sasaran hendaklah dinilai dan diuji dari segi kesesuaiannya.Beberapa langkah perlu dilakukan dalam proses penilaiannya.Langkah-langkah tersebut digambarkan seperti di bawah :

Pengurusan Komunikasi
-Antara guru dan pelajar
-Sesama pelajar -Sesama guru
- Antara guru dan pentadbir

Pengurusan Rekod Pelajar
- Markah ujian
- Laporan kehadiran
-Laporan kemajuan

KESIMPULAN

Melaksanakan PPBK merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, December 6, 2009

JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT

SECARA UMUMNYA TERDAPAT DUA JENIS SUMBER MAKLUMAT UTAMA :

1) SUMBER MAKLUMAT PRIMER

Sumber ini merujuk kepada maklumat yang diperolehi sendiri oleh pengkaji. Khususnya dalam kajian yang dilakukan. Contohnya mendapatkan servei/soal selidik berhubung dengan kes-kes jenayah dan membuat analisis sendiri. Selain itu, maklumat melalui temuduga dan temu bual dengan pegawai-pegawai khas seperti di Pejabat Polis Diraja, Pejabat Daerah dan sebagainya.


2) SUMBER MAKLUMAT SEKUNDER

Sumber ini pula, merujuk kepada sumber yang dicari selain daripada sumber primer iaitu melalui pembacaan, perpustakaan, akhbar, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa jenis sumber sekunder yang boleh didapati di mana-mana perpustakaan.

a) Bahan-Bahan Terbitan Bersiri

Bahan-bahan terbitan bersiri seperti akhbar, majalah , jurnal tempatan dan luar negeri, yang dilanggan oleh perpustakaan. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

b) Bahan Rujukan

Bahan rujukan perpustakaan termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku istilah, atlas, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran.

c) Bahan Rujukan Umum

Selain koleksi bahan seperti di atas, perpustakaan juga melanggan kepada beberapa pangkalan data atas talian seperti Academic Search, Business Source Premier, Thesis and Dissertations Abstracts, Sports Discuss, dan World Magazine. Pangkalan-pangkalan data ini mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan dari berpuluh ribu judul jurnal, disertasi dan tesis.

d) Bahan Rujukan Laman Internet Perpustakaan


i) “On-Line Database”
Selain bahan bercetak, koleksi seperti cakera padat, dan pelbagai jenis pita audio dan video juga boleh didapati dari perpustakaan.


ii) Tesis / Projek Pelajar
Terdapat juga bahan-bahan seperti Tesis dan Projek Pelajar yang membawa kepada anugerah akademik seperti Diploma, Ijazah Sarjana muda.
Ini adalah hasil penyelidikan dan kajian daripada pelajar – pelajar peringkat diploma dan ijazah. Biasanya koleksi ini adalah koleksi terhad dan tidak dibenarkan untuk difotostat di perpusatakaan tertentu.

iii) Kertas Soalan Digital
Kertas – kertas soalan peperiksaan akhir dan ujian juga boleh didapati di perpusatakaan bagi tujuan rujukan tertentu.

e) Koleksi Majalah

Majalah juga merupakan satu sumber yang terkini dan mempunyai pelbagai variasi mengikut isu dan perkara yang dibincangkan.

f) Koleksi Akhbar

Koleksi akhbar juga merupakan maklumat berhubung isu semasa dan menjadi tumpuan masyarakat umumnya. Ianya mudah didapati di perpustakaan awam khususnya yang mempunyai jilid mengikut isu. Sebagai contoh :-

Bernama Info ( BLIS )

Pangkalan data atas talian mengenai berita-berita Malaysia, statistik laporan-laporan industri ,berita-berita Malaysia, laporan-laporan industri, termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia dalam satu pangkalan data maklumat online. Kandungannya disusun daripada perkhidmatan-perkidmatan wayar Bernama, perkhidmatan berita antarabangsa dan badan-badan kerajaan dan kajiselidik.

FUNGSI SUMBER MAKLUMAT KEPADA PENGGUNA

1) Menganalisa dan menentukan keperluan maklumat pengguna.

2) Mengurus dan mengolah bahan maklumat dan sumber - sumbernya.

3) Membekalkan maklumat dengan pelbagai cara bagi memenuhi keperluan.

4) Memilih bahan maklumat bersesuaian dengan keperluan.

Thursday, November 19, 2009

SURAH AMALAN - MANFAATNYA

Banyak ayat² al-Quran yang kita boleh amalkan untuk diri kita. Contohnye Surah Al-Mulk. Jika kita amalkan membaca surah ini, Insya-Allah akan terpelihara dari azab/seksa kubur.

Rasulullah SAW bersabda: "Surah Tabaarak (surah al-Mulk) akan mencegah azab kubur"

Surah Aj-jin pula, jika diamalkan insya-Allah akan terpelihara kita dari Jin dan Syaitan. Sebenarnya banyak lagi surah² yang kita boleh amalkan. Diantaranya, adalah seperti artikel yang saya ambil dari group Taman² Syurga ni. Semuanya ada khasiat yang tertentu. Bukan untuk orang lain sahaja, bahkan untuk kebaikan diri kita sendiri Insya-Allah. Antara ayat² al-Quran yang saya maksudkan ialah:

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak² pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak² lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak² malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak² yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah


Apa yang penting membaca Al-Quran setiap hari adalah penenang bagi segala kerunsingan. InsyaAllah..

ASHABUL KAHFI

Ashabul Kahfi

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.

Sunday, October 25, 2009

MEMOTONG KUKU DAN HIKMAHNYA

Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.


Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

PraYeR TiMe