Thursday, November 25, 2010

ASAL USUL SOLAT

INFO : Asal Usul Solat - Kesahihannya?? saya dapat melalui email, oleh itu mohon untuk komen atau memberi pendapat.

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh Nabi Adam iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan,membuatkannya berasa takut sangat. Lalu apabila fajar Subuh keluar, maka Nabi Adam menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang pertama mengerjakan solat Zohor Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. memerintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. seruan datangnya waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur dibukakan dukacitanya juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur korbannya digantikan kibas.

ASAR:

Orang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan Allah dari perut ikan nun. Ikan nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur diselamatkan Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam air laut.
Rakaat ketiga: Kelam malam.
Rakaat keempat: Kelam perut ikan.

MAGHRIB:

Orang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S.,tatkala dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:menafikan ketuhanan selain Allah Maha Esa.
Rakaat kedua:menafikan tuduhan tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., tatkala Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar negeri Madyan, sedang dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacita waktu Isyak akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:terhadap Firaun.
Rakaat keempat:terhadap anak Firaun.

No comments:

Post a Comment

PraYeR TiMe